Monday, 24 September 2012

Karipap nyum2~

Petang nie saya nak ckap pasal karipap, bukan apew.. sye minat sgat nan karipap nie lagi2 yg rangup, lembut, gebu., peh~ boleh meleleh air liur bile tgok..bru tgok taw belum makan lagi.. sye pasti korg sume kenal Dato Siti Nurhaliza kn...dye pon suke karipap jugak...karipap sardin... ;) Mcm2 jenis karipap yg kita tahu kn antaranya karipap pusing, kentang , ayam dan mcm2 lagi, tpi beza sume karipap2 nie ialah intinyer sahaje..cume karipap pusing jew lain kulit yea sebb terpusing2....so sye nak tunjuk resepi buat kulit and inti karipap selamat mencuba...






Bilangan 36 ketul

BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air (guna air sejuk yang dalam peti ais)


CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.Tuangkan minyak panas & gaul rata.Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi doh kpd bebola kecil.Leperkan & isi dgn inti kesukaan (guna inti keledek+daging).Buat sehingga habis.


3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing. (goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).


Nota: Selepas doh di uli,perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.






Untuk Inti Keledek 
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam



Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.




tips
kalau terlalu sedikit air, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng

kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya


No comments:

Post a Comment