Saturday, 22 September 2012

Hoore Hoore ~


Filem Hore Hore telah mula ditayangkan di pawagam Pada 24 Mei 2012. Untuk pengetahuan semua, filem ini dibuat bagi memperingati seniman terkenal iaitu allahyarham Sudirman. Walaupun sudah lebih 20 tahun beliau meninggal dunia, namun lagunya masih meniti di bibir kita semua. Lagu-lagu yang dimainkan di dalam filem ini merupakan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Sudirman dan dinyanyikan semula oleh penyanyi yang tak kurang hebatnya.

Pengarah: Saw Teong Hin
Syarikat penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Fiksyen, Muzik, Cinta
Klaifikasi : U – untuk tontonan umum

Sinopsis Hore Hore:
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh gempal Nurul Aiman dan tidak terlalu cantik. Beliau seorang yang bendul tetapi baik hati. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Lina dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah turut tinggal bersama-sama keluarga Aiman.

Di sekolah, Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan den segak. Dalam diam, Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula seorang ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan sahaja dari musuh ketatnya, Rita tetapi masyarakat sekeliling yang memandang serong akan niatnya itu.

Suara Farah Nazirah (Nurul Aiman) sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila berduet dengan Akim. Kepada peminat allahyarham Sudirman, admin pasti filem ini bakal memberi kepuasan kepada anda. Kepada yang belum tengok, try lah sure tak kan menghampakan. ^-^ \/


Ikut resam matahari, walaupon org xsuke tetap memancar memberi manfaat pada yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment