Tuesday, 4 June 2013

10 MOST FAVOURITE KOREAN~

Selari dengan revolusi sekarang kebanyakan remaja terumanya wanita lebih cenderung meminati K-POP.
K-POP atau pun laagu2 korea yang kini semakin diminati dan menjadi kegilaan ramai walaupon tidak memahami ap makna lagu tersebut. Ada juga yang meminati kerana kecantikan dan ketampanan penyanyi2 mereka al maklum la klau dah muke mcm barbie and ken doll spew xminat kn tpi bukan itu yang ingin disampai kn. 
Yg sye ingin sampai kn adalah tentang drama2 korean yg juga sedang diminati ramai. mengapa agak nya??? xdew drama melayu kew nak tgok? mesti rmai yg tertanye2 kn... klau kita tgok drama korean mempunyai banyak nilai2 murni. kita dapat lihat yg mereka amat menghormati org yg lebih tua dri mereka. xkira la dlam drama atau luar drama dan jalan cerita yang mereka bawak juga amat menarik. saya tidak kata drama melayu tidak baik tpi mungkin dri aspek idea drama melayu kurang idea n ssah nak cuba idea yg baru. balik cerita hantu. cinta org miskin n kaya, kawin pakse n sebagainyer. sbb tu la sye suke tgok telemovie melayu berbnding drama... drama korean mmg sye akui kebanyakan nyer tentang cinta tpi jalan cerita yang mereka bawak cgat menarik. membuatkn kita tertanya2 apa yang akan terjadi seterusnya. mlas lah nak berceloteh now sye akan tunjuk drama2 yg bgi sye ok untuk tontonan umum

 1 : YOU'RE BEAUTIFUL




2 : 49DAYS





3 : COUPLE OR TROUBLE





4 : PROTECT THE BOSS




5 : MY GIRLFRIEND IS GUMIHO




6 : ROOFTOP PRINCE




7 : COFFEE PRINCE





 8: LOVE RAIN


9 : NICE GUY



10 : TREE OF HEAVEN




 #SEKIAN SUDA :p

Monday, 24 September 2012

Penantian~

Adakah penantian yg kta hadapi tu cukup trsiksa?
Kadang2 menanti ssuatu yg blum pasti pun
adalah sesuatu yg merugikan..
tapi dalam penantian itu
sekiranya diselitkan dgn kesabaran dlm jiwa
pasti kta akan menggapainya pd suatu ms..
macam saya yang menunggu sesuatu yg xpasti tpi sya akan 
tetap menunggu walaupon mungkin saya akan kecewa. org kate 
law kita sabar dan tanam kn azam dalam diri 
INSYALLAH kite akan dapat hasil yg baik. kita boleh 
mengapai benda yg mustahil dalam hidup asalkn ad azam 
dalam diri. Kita juga jgn terlalu mengharap pada 
keajaiban sebab nama lain bagi keajaiban
 ialah USAHA. :)



Karipap nyum2~

Petang nie saya nak ckap pasal karipap, bukan apew.. sye minat sgat nan karipap nie lagi2 yg rangup, lembut, gebu., peh~ boleh meleleh air liur bile tgok..bru tgok taw belum makan lagi.. sye pasti korg sume kenal Dato Siti Nurhaliza kn...dye pon suke karipap jugak...karipap sardin... ;) Mcm2 jenis karipap yg kita tahu kn antaranya karipap pusing, kentang , ayam dan mcm2 lagi, tpi beza sume karipap2 nie ialah intinyer sahaje..cume karipap pusing jew lain kulit yea sebb terpusing2....so sye nak tunjuk resepi buat kulit and inti karipap selamat mencuba...






Bilangan 36 ketul

BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air (guna air sejuk yang dalam peti ais)


CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.Tuangkan minyak panas & gaul rata.Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi doh kpd bebola kecil.Leperkan & isi dgn inti kesukaan (guna inti keledek+daging).Buat sehingga habis.


3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing. (goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).


Nota: Selepas doh di uli,perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.






Untuk Inti Keledek 
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam



Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.




tips
kalau terlalu sedikit air, kulit karipap akan terasa liat setelah digoreng

kalau api terlalu panas, kulit karipap akan nampak menggerutu (kembung2 kecil)
kalau kulit karipap tebal, terasa liat untuk menggigitnya


Roses~



 

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

- Merah Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
- Pink Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
- Putih Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”
- Lavender Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa
- Oren Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
- Hitam Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru
- Biru Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan

 

Sunday, 23 September 2012

Soal hati & perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. 

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam.

Saturday, 22 September 2012

Kasih ibu~


Ibu...
adalah wanita yang selalu menjaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

ibu
tlah kau hujamkan matamu
tuk menentang sang surya
tlah kau hentakan kakimu
tuk menindas bumi
tlah kau mantapkan hatimu
tuk taklukan sang waktu

ibu
tlah kau luangkan begitu banyak waktu
hanya tuk menjaga ku
tlah kau hempaskan kepentingan mu
hanya tuk mengurusku

ibu.
remuk hati ini......melihat mu menangis
hancur raga ini melihatmu terluka
mati raga ini bila kau tiada

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu





Tuala wanita comel~

Tuala wanita? daripada nama jew kita dah tahu yg ianya untuk wanita...Tuala wanita yang saya nak kongsi nie lain sikit dari tuala wanita kat pasaran sekarang sbb ianya tula wanita kain. Tuala wanita kain nie sebenar nyer dah digunakan dari zaman dahulu lagi tpi di sebbkan dahulu ianya hanya kain yang dilipat2 dan tidak menarik jadi kurang lah daya tarikan nyer. Tapi sekarang tuala wanita nie dah berwajah baru, lebih comel, jimat, mudah dicuci dan selesa, so xperlu bazirkn duet. Di bawah terdapat jenis tuala wanita ini dan anda boleh dapatkn nye di http://bestpriceshop4u.blogspot.com.


 
Pantyliner : Rose / Hijau / Ungu / Oren

Ukuran :- Anggaran 2.5" x 6.5"
100% Cotton Flannel
Boleh digunapakai kedua belah permukaan
Harga : RM 9.00/pc



Regular Pads : Bunga (Merah / Biru), Kosong (Hijau/Pink/Merah)
Ukuran :- Anggaran 3" x 9"
100% Cotton Flannel
Boleh digunapakai kedua belah permukaan
Harga : RM 17.00/pc

Night Pads : (11" Maxi)

Ukuran :- Anggaran 3" -  5"  x  11"
100% Cotton Flannel
Lapisan bawah pad (tuala) dapat menyerap air untuk mengelakkan ia daripada bocor
Harga : RM 22.00/pc


Soakers (Lime/Fushia)

Ukuran :- Anggaran 2.5" x 6"

100% Cotton Flannel (tanpa lapisan kalis air)
Digunakan untuk daya serapan yang lebih berkesan, hanya letakkan di atas tuala wanita moden.
Harga : RM 9.00/pc


Keistimewaan Cloth Pad


· Mudah dicuci - menggunakan tangan atau mesin basuh. Penggunaan sabun yang kurang.

· Tahan lama ( boleh digunakan antara 4 - 5 tahun bergantung kepada penjagaan)

· Bebas bahan kimia & tidak berbau - menjamin kesihatan yang lebih sempurna
· Tahan lasak dan tidah mudah bocor
· Mesra alam sekitar - mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang
· Lebih selesa - tidak rasa melekit
· Menjimatkan 

Contoh Penggiraan Perbandingan Kos Antara Tuala Wanita Pakai Buang dan Tuala Wanita Moden bagi tempoh 5 tahun :-


Tuala Wanita Pakai Buang

1 bulan = RM20.00
1 tahun = RM20.00 x 12 bulan
            = RM 240.00
5 tahun = RM1,200.00

Tuala Wanita Moden

Sekali pembelian untuk tempoh 5 tahun

5 liner x RM9.00 = RM45.00
5 regular pad x RM17.00 = RM85.00
3 night pad x RM22.00 = RM66.00
2 soakers x RM9.00 = RM18.00
Jumlah = RM214.00


Cara Mencuci


Mencuci cloth pad sama seperti kita mencuci disposal pad sebelum dibuang.

- Curahkan air pada cloth pad sehingga warna air bertukar kepada warna asal. Tidak perlu direndam.

- boleh dimasukkan terus ke dalam mesin basuh atau basuh menggunakan tangan. Tidak memerlukan sabun yang banyak

- Untuk jangka hayat cloth pad yang panjang, jangan sesekali gunakan pelembut fabrik.

- Dijemur dibawah cahaya matahari atau kipas